Pentakrifan
kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia merupakan
satu istilah yang subjektif. Namun begitu kemiskinan biasanya dikaitkan dengan
kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isi rumah
untuk memenuhi keperluan harian.
Walaubagaimanapun saya akan menumpukan kepada Kemiskinan Bandar. Kemiskinan Bandar merupakan
masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh semua negara. Malahan negara maju juga
tidak terlepas dari mempunyai rakyat yang hidup di dalam kemiskinan. Isu
kemiskinan ini berkait rapat dengan pengagihan kekayaan negara. Sebuah negara
walaupun berpendapatan tinggi dengan pengagihan kekayaan yang tidak baik akan
mempunyai ramai rakyatnya yang hidup di dalam kemiskinan. Ianya bukan sahaja
melanda negara-negara miskin seperti Bangladesh, India dan Nepal malah
kemiskinan juga menyerang negara-negara maju di Amerika Syarikat, England dan
Jepun. Walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh banyak pihak untuk
membasminya namun ianya tetap berlaku. Secara umumnya kemiskinan yang
ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam Holman, 1978:3) sebagai seseorang
yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup
yang mencukupi. Definisi ini menjelaskan hubungan antara kemiskinan dan
ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan yang minimum bagi mengekalkan kecekapan
fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas.
Ahli-ahli
sosiologi pula tidak meletakkan pendapatan semata-mata sebagai asas ukuran
mereka, tetapi juga pada faktor-faktor lain seperti agihan pendapatan dan
peluang sosial. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada dalam penghuraian
sebab dan akibat kemiskinan yang dialami oleh sesuatu golongan. Contohnya aspek
ketidakseimbangan sosial sebagai puncak kepada kepincangan ekonomi.
Ketidaksamaan ini akan menjadi satu faktor kepada kepincangan sosial dalam
masyarakat (Gunnan Myrdal, 1970). Sumbangan paling penting ahli
sosiologi ialah bila mereka menentukan kemiskinan berdasarkan kepada
kedudukan seseorang dalam masyarakat. Hal ini bermakna golongan miskin ialah
yang berada di peringkat paling bawah dalam struktur stratifikasi masyarakat
(lower less person). Lewis (Moyniham, 1969:182) menjelaskan bahawa
golongan kelas bawahan ini mempunyai sifat dan ciri-ciri budaya tersendiri yang
dikenali sebagai “culture of poverty”. Penjelasan ini memberikan gambaran
tentang golongan miskin dan menunjukkan bahawa struktur stratifikasi masyarakat
yang berbeza memainkan peranan penting kepada petunjuk kemiskinan dan
ketaksamaan sosial.
Dr.
Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka yang
mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat.
Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja mereka
tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial yang
dimiliki sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya,
menurut beliau, terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan
ekonomi antara golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan
dan kerjaya dan seterusnya struktur stratifikasi masyarakat.
Terdapat
3 jenis kemiskinan yang akan dibincangkan disini iaitu;
Pertama,
Konsep kemiskinan mutlak merupakan satu konsep yang menggunakan satu ukuran
yang menggunakan jumlah pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur garis kemiskinan
sesebuah masyarakat. Kemiskinan mutlak adalah bersifat mutlak dengan diwakili
oleh jumlah pendapat isi rumah yang secara jelas dapat menggambarkan kuasa beli
yang ada pada keluarga terlibat sekaligus memberi kesan kepada kepenggunaannya.
Pendapatan yang kurang akan mengakibatkan kuasa beli dan kepenggunaan menurun
seterusnya akan menjejaskan keselesaan dalam kehidupan seharian.
Kedua,
Konsep kemiskinan relatif pula ialah konsep kemiskinan yang dilakukan dengan membandingkan
purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) antara berbagai-bagai kumpulan penduduk sama ada mengikut purata
pendapatan, etnik, kawasan kediaman dan sebagainya. Melalui cara ini mereka
yang dianggap miskin ialah golongan yang menerima pendapatan paling rendah dari
segi agihan pendapatan negara.
Ketiga,
Konsep kemiskinan psikologi-sosial juga dapat digunakan untuk mengetahui ukuran
kemiskinan. Pendekatan ini dikenali juga sebagai ‘teori psikologikal’ digelar
oleh Frank atau ‘psikodinamik’ oleh Havens. Teori ini memberikan tumpuan
utama kepada aspek kehidupan dan keperibadian individu itu sendiri. Ianya
adalah meliputi ciri-ciri sosial, budaya dan psikologi individu yang dianggap
penting serta boleh menggalakkan modenisasi dan pembangunan ekonomi masyarakat
tersebut. Dengan kata lain, peranan ‘character dan personality’ individu
sebagai faktor yang akan membawa kepada perubahan.
by,
Fourtin Dinsim.
No comments:
Post a Comment